.

09 December 2014

Balik dari kampung berenam-last episode.




     Bismillahirrahmanirrahim...


hujan renyai-renyai menemani kepulangan wealls diawal pg..

     Setiap permulaan akan ada perpisahan.Begitu juga dengan percutian wealls yang
sudah sampai kepenghujungnya.Diharap uolls tak jemu membaca cerita wealls,ok.

2 ekor aym serama ikut wealls blk ke kajang..hehe

    Balik ke kampung berempat tapi pulang semula ke Kajang berenam uolls!hehe..
En suami bawa balik dua ekor ayam serama yang diletak dalam kotak yang sudah
ditebuk lubang.Alhamdulillah,panjang umur si ayam serama tu,sampai juga dirumah
wealls.

buah keranji sbungkus rm5 dibeli kat r & r gua musang..

   Ada la kakak ipar bagi ubi badak beberapa tongkol dan en suami
sempat ambil buah limau bali 7 bijik dari pokok yang ditanamnya satu masa dulu.
Banyak buah berguguran seperti tidak dihargai.Betul la kata orang,
bila didepan mata buat buat tak nampak je kan uolls.

nangka madu dibeli tepi jln rm5 sbungkus..

kucing pun dpt rzeki mkn kropok dan ikn greng celup tpung bila wealls berhenti mkn  nasi kerabu di r&r gua musang..

  Perjalanan wealls lancar je,sempat lagi singgah di uiam jumpa anakanda sulung
dan minum petang di cafe dekat marhalahnya.Cuma tak dapat ke shah alam
untuk jumpa anakanda ke2 kerana kebetulan berada di melaka untuk praktikalnya.
Balik kampung tak cukup korum memang tidak seindah yang disangka,Wallahua'llam.


   

Shopping bajet di Pasar Siti Khadijah-part 4




     Bismillahirrahmanirrahim...


      Semua benda nak kena ada bajet baru lancar perjalanan hidup ini,betul tak uolls?
Tapi bila sampai saja di pasar siti khadijah rasanya bajet dah entah kemana.
Terutama bila naik je tingkat 3 yang jual kain pasang,tudung dan baju siap
memang menduga keimanan.Asal lalu je ada la peniaga yang cakap,'ya cari gapo tu?'.
'Nok cari kain pase ko,wi muroh-muroh jah,60 riyal,'tapi belum sempat saya
cakap apa-apa,peniaga tu cakap 'ambik la wi 50 riyal jah'.

pasar siti khadijah berwajah baru...


    Turun pula ketingkat kedua,wealls beli sedikit buah tangan untuk dibawa
pulang buat kawan-kawan dan jiran-jiran.Ada keropok sira 20 bungkus,
dodol 3 bungkus (pandan dan gula melaka),ladu 3 bungkus,bepang 3 bungkus,
asam jawa gulung 3 bungkus,putu 2 bungkus dan serunding ayam dan daging.

   Bila ketingkat bawah pula sempat beli kuih-kuih basah yang tak pernah jumpa
di Kajang seperti,tepung bungkus 4bungkus sehinggit je,beli rm5,kuih kastard,
serabe 2 bungkus,akok dan pulut bakar.

   Harga kuih-kuih basah memang murah,kalau boleh semua nak rasa..semua
nak beli tapi memandangkan bajet dah berkurangan terpaksa sabarkan diri.
Semoga diberi kesempatan datang lagi di pasar siti khadijah nanti,Wallahua'llam.


    

07 December 2014

Ke Pameran dan pertunjukan ular- part 3.




       Bismillahirrahmanirrahim...

     Bersiaran malam pula kali ini,ambil kesempatan en suami kerja malam baru boleh
fokus pada blog,kalau tidak suami kena dahulukan ...calon ahli syurgalah katakan,In Sha Allah!

mcm2 xtvt dimuzium kelantan.

   Cerita kali ini masih pasal percutian di kampung.Kebetulan ketika berada dikampung
hari tu ada pertunjukan dan pameran ular dimuzium kelantan.Apa lagi si adik dan si abang
bukan kemain lagi memujuk dan mengajak kesana.

si adik cuma dikenakan tiket rm3 je sbb kecik katanya...

    Memandangkan tiket masuk pun berbaloi harganya so layan je la.
Ini antara gambar-gambar ular yang sempat wealls snap.Tak sedar sudah
maghrib ketika wealls leka didalam muzium itu.



bersama gadis ular kat dlm umh kaca yg dikelilingi ular2..

ular sawa

ular sawa belalai gajah.


mcm2 jenis katak pun ada.

si buaya darat.

penyu menangis siapa yg tahu

bersama si adik.

sempat lg posing slps telan ubt sakit kepala.


ular pokok


    Sebenarnya seriau juga mula-mula masuk kedalam muzium ni.
Segenap ceruk ada ular,tapi yang plastik je!Nasib baik yang hidup semua berada dalam balang kaca
yang tertutup rapat...Wallahua'llam.

  

Semoga bahagia hingga ke jannah.



     Bismillahirrahmanirrahim...


      Semalam adalah hari bahagia anak saudara sebelah en suami..
Wealls pula tak sempat nak meraikan bersama sebab sabtu dah start kerja
so kamis lagi dah balik ke Kajang.

   Tapi wealls dah siap awal-awal hadiah buat pengantin.
Kebetulan pagi tadi buka pesbuk,terpandang gambar-gambar persandingan
mereka.Terus nak kongsi diblog ini,jom tengok...




   Selamat pengantin baru Farah  dan suami,semoga bahagia hingga kejannah...Wallahua'llam.

06 December 2014

Pantai Cahaya Bulan destinasi pertama- part 2.




        Bismillahirrahmanirrahim...

         Seperti yang dijanjikan,kita teruskan dengan cerita percutian di Kelantan.
Selepas menziarah sanak saudara dekat dan jauh,si adik dan si abang
sempat mengajak ummi dan abahnya ke PCB.


camni le rupa pcb sekarang..batuan utk tambak pantai dr hakisan.


     Kebetulan matahari betul-betul berada diatas kepala wealls sampai di PCB.
Bukan apa nak kejar masa yang terasa pendek sangat.Terpaksalah meredah panasnya bahang mentari.

ketam menunggu utk dimsk..masih hidup ni

belut ni goreng pun sedap.

   Keseronokan berada ditepian pantai sekarang memang sudah hilang.
Pasir-pasir pantainya yang memutih sudah tiada lagi.Semuanya dipenuhi
dengan batu batuan untuk menambak pantai dari hakisan.Tiada lagi
kulit-kulit kerang yang boleh dikutip ditepian pantai PCB.Ini kan pula
nak menyentuh dan merasai ombak kerana begitu sukar untuk memanjat
batuan untuk sampai ditepian laut.

air nyiur seriyal jah..

   Sempat merasa sotong,udang dan ketam goreng celup tepung bersama pencicah...sodapp!
Makan maggi ketam dan mi sup tapi tak sempat tangkap gambar sebab lama menunggu
dalam panas,bila sampai je makanan terus makan sampai terlupa nak snap gambar.

agak2 uolls ni pelancong dr negara mana ek?hiiii...

   Teringat pula dizaman-zaman bercintan cintun dulu-dulu...PCB lah tempat
bertemu.Jangan salah paham uolls..wealls berjumpa dan makan makan sahaja,masih waras lagi dan tetap menjaga batas-batas agama...Wallahua'llam.

Setahun Jagung usia Baiti Jannati



     Bismillahirrahmanirrahim...


SELAMAT HARIJADI BAITI JANNATI..

      Pejam celik pejam celik dah setahun usia blog ku ini.
Terasa baru semalam je belajar menulis.Cepat sungguh masa
berlalu.

   Pelbagai kisah suka duka kehidupan,berita-berita terkini,resepi
masakan dan kisah-kisah agama dikongsi bersama di sini.

umur baru setahun jagung...tunjuk ajar ku sifu!

   Terimakasih...terimakasih...terimakasih.. pada kalian semua yang
sudi singgah diblog ini dan sudi membaca cerita ceriti yang hamba paparkan.
Pada yang sudi melontarkan komen-komen yang menceriakan lagi hidupku
bila membacanya.Hanya doa saja yang mampu hamba pohon dari yang Maha Esa supaya tuan hamba semua dibawah lindunganNYA serta diberkati hendaknya.

sanah helwah Baiti Jannati..

   Semoga entry-entry yang saya garapkan di sini memberi banyak
manfaat buat kita semua.Bersama berkongsi ilmu.Kalau ada yang salah,hamba minta tunjuk ajar dari tuan hamba semua.Maklum baru setahun jagung.Masih lagi belajar selok belok dunia blog.

  Siapalah hamba (Baiti Jannati) tanpa kehadiran tuan hamba (uolls)....:)
Diharap perhubungan di alam maya ini berterusan selama-lamanya..Wallahua'llam.

Psssssssstt....Ikuti sambungan part 2 kisah dikampung akan menyusul,nantikan.

05 December 2014

Balik kampung berempat selepas 3 tahun- Part 1.



        Bismillahirrahmanirrahim..


        Alhamdulillah. wealls telah selamat pergi dan balik dari kampung halaman tercinta..Kelantan!
Bila en suami ajak balik ke kampung,mulanya tak tahu perasaan apa yang
ada..gembira ke apa.Maklum dah lama pegang status anak yatim piatu.Terasa kosong je bila dengar nak balik kampung.

    Rasa kekok pula selepas arwah ayahanda tercinta meninggal pada 11.11.11,wealls
tak pernah lagi balik kekampung.Dah 3 tahun la uolls!Sekejap je masa berlalukan.
Kekok nak pack barang,tercari-cari kemana perginya beg untuk mengisi pakaian wealls.

perjalanan diawal pg diselubungi kabus..

memasuki terowong selepas meredah tol..

  Perjalanan mengambil masa 8 or 9 jam uolls!itu belum campur dengan jem jika musim
perayaan lagi.Kekadang sampai 13jam.Kali ini sempena cuti sekolah so cuma adik dan abang
je yang ikut.Lagi pun cuti UNI tak sama dengan cuti sekolah jadi dua orang kakaknya tak dapat bersama wealls.

meredah bukit bukau

memasuki gua musang..


jauh sungguh perjalanan ini..

pemandangan kelapa sawit yg mati ..

   Merentasi bukit bukau,hutan belantara dan hiruk pikuk dijalanraya..akhirnya
sampailah wealls dirumah yang dibeli dekat Pasir Putih.Rumah itu memang sengaja tidak 
disewakan,semata-mata untuk transit wealls bila bila balik kekampung.


keadaan luar rumahku..

kalu hujan lebat,banjir gak..

   Sedih bila melihat rumahku itu.Penuh dengan sawang dan dimasuki pokok-pokok
menjalar.Grille pun dah berkarat.Lebih sedih lagi bila bekalan air dan elektrik pun
telah dipotong.Bila call TNB,jawabnya sebab meter tak bergerak lebih 6 bulan.
Padahal cuma rm 4 je sebulan,sepatutnya tak perlu bayar sebab bawah rm20 free.
Tapi TNB ni pandai,tak datng setiap bulan tapi 6 or7 bulan baru datang so dah
lebih rm20 la.Terkena lagi!

ruang tamu rumahku..

dapur...

   Setelah wealls bersihkan mana yang patut,perjalanan diteruskan kekampung halaman.
Sampai je dihalaman rumah mentua tersayang,Hajjah Halimah..terpandang mentua sedang 
duduk duduk ditangga rumahnya.Wealls siap melambai lagi dan lambaian wealls disambut
nampaknya.

   Hilang segala kekecewaan bila memandang wajah bonda mentua yang sudah uzur
dan dikatakan nyanyuk,timbul rasa kasih dan kasihan pula...Wallahua'llam.

Pssssstt :Nantikan cerita-cerita  menarik yang akan menyusul nanti...In Sha Allah.