.

05 December 2014

Balik kampung berempat selepas 3 tahun- Part 1.



        Bismillahirrahmanirrahim..


        Alhamdulillah. wealls telah selamat pergi dan balik dari kampung halaman tercinta..Kelantan!
Bila en suami ajak balik ke kampung,mulanya tak tahu perasaan apa yang
ada..gembira ke apa.Maklum dah lama pegang status anak yatim piatu.Terasa kosong je bila dengar nak balik kampung.

    Rasa kekok pula selepas arwah ayahanda tercinta meninggal pada 11.11.11,wealls
tak pernah lagi balik kekampung.Dah 3 tahun la uolls!Sekejap je masa berlalukan.
Kekok nak pack barang,tercari-cari kemana perginya beg untuk mengisi pakaian wealls.

perjalanan diawal pg diselubungi kabus..

memasuki terowong selepas meredah tol..

  Perjalanan mengambil masa 8 or 9 jam uolls!itu belum campur dengan jem jika musim
perayaan lagi.Kekadang sampai 13jam.Kali ini sempena cuti sekolah so cuma adik dan abang
je yang ikut.Lagi pun cuti UNI tak sama dengan cuti sekolah jadi dua orang kakaknya tak dapat bersama wealls.

meredah bukit bukau

memasuki gua musang..


jauh sungguh perjalanan ini..

pemandangan kelapa sawit yg mati ..

   Merentasi bukit bukau,hutan belantara dan hiruk pikuk dijalanraya..akhirnya
sampailah wealls dirumah yang dibeli dekat Pasir Putih.Rumah itu memang sengaja tidak 
disewakan,semata-mata untuk transit wealls bila bila balik kekampung.


keadaan luar rumahku..

kalu hujan lebat,banjir gak..

   Sedih bila melihat rumahku itu.Penuh dengan sawang dan dimasuki pokok-pokok
menjalar.Grille pun dah berkarat.Lebih sedih lagi bila bekalan air dan elektrik pun
telah dipotong.Bila call TNB,jawabnya sebab meter tak bergerak lebih 6 bulan.
Padahal cuma rm 4 je sebulan,sepatutnya tak perlu bayar sebab bawah rm20 free.
Tapi TNB ni pandai,tak datng setiap bulan tapi 6 or7 bulan baru datang so dah
lebih rm20 la.Terkena lagi!

ruang tamu rumahku..

dapur...

   Setelah wealls bersihkan mana yang patut,perjalanan diteruskan kekampung halaman.
Sampai je dihalaman rumah mentua tersayang,Hajjah Halimah..terpandang mentua sedang 
duduk duduk ditangga rumahnya.Wealls siap melambai lagi dan lambaian wealls disambut
nampaknya.

   Hilang segala kekecewaan bila memandang wajah bonda mentua yang sudah uzur
dan dikatakan nyanyuk,timbul rasa kasih dan kasihan pula...Wallahua'llam.

Pssssstt :Nantikan cerita-cerita  menarik yang akan menyusul nanti...In Sha Allah.

8 comments:

  1. hihi tulah bila dah lama x blk kg ye hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp..bleh wat hari ini dlm sejarah kan ida!hihi...

      Delete
  2. Replies
    1. tu lah idah..dah lama xblk ni sumer dah berubah.

      Delete
  3. bila orgtua dah tiada...rasa kosong ja perasaan kita bila blk kg..kan..

    ReplyDelete
  4. Sayu tgk rumah tinggal macam tu ya.. bila plan nk balik ke rumah di Pasir Putih tu?

    Tadi rekod tau, saya btolak balik ke sini 6jam stgh je.. biasanya dgn anak2 ni mau 8 jam paling kejap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah AN..nak bg ank2 habis study dlu kot..bila pencen la baru blk trus..

      Delete

❤ Komen anda saya hargai ❤