Bismillahirrahmanirrahiim...
Hujung-hujung tahun ni selain banyak sale dipasaraya,banyak juga pasaraya
yang baru dibuka.Semalam balik dari Tesco untuk beli barangan basah untuk stok seminggu
sempat menyinggah dipasaraya yang baru dibuka di kajang perdana.
Eco itulah nama pasarayanya.Sekali beli pasti akan kembali...,itulah trade mark
yang tertera dikedainya.Bila tinggal dibandar ni memang bercinta dan ketagih sangat
lah untuk dapat barangan yang bernilai sedemikian.Semua barangan berharga RM 2.
| ni la barangan yg wealls terbeli tu..14jenis |
Ramai tahap gaban orang menyerbu pasaraya Eco semalam.Ketika wealls
singgah pada mulanya nak tengok-tengok tapi bila terjumpa ramai pula
kawan-kawanku siap ambil bakul tu apa lagi rasa tercabar pula padahal
baru beli barangan basah ditesco pun habis beratus.
Ketagih sungguh bila tengok barangan yang murah cenggitu.Dalam cuma nak
menengok..hasilnya melayang juga RM 28.Beli pinggan melamine 6 biji sebab
berkenan bunganya.Maybe akan datang lagi untuk beli penyapu dan mop.
Tapi kekadang terfikir juga,bermutukah barangan RM 2 ni....Wallahua'llam.
hihi tulah.dlm dok berebut ru,jgn.lupa tgkk juga kualiti n expired date barangan yg dibeli
ReplyDeleteexpired date ok jer,ida...cuma kualiti la xtahu lg..
Deletekt area umah saya ni pun ada baru dibuka jugak-kedai rm2...tak sempat kesana lai...tgk sentiasa penuh...
ReplyDeletejom la shopping kamsiah!
Deletesaper xsuka dah brg murah..cuma kena jd pengguna yang bijak la..
Bab shopping ni memang seronok ya.. bakpo beli sikit tu? Patut beli banyak2..lagi suka hati balik nanti.
ReplyDeletehahaha..kalau boleh sumer brg nak beli AN!!
DeleteArini pun kesini lg pas amik ank dara kat komuter,shopping lg tp byk makanan la wat bekal tengok bola sepak mlm ni..
gitu le kekdahnya org pempuan ni kak
ReplyDeletemulut kata nak nengok, skali bila dh tgk x kn nk tgk saje .. hihi
ppstt: a’aa.. kak salah satunya mmg sbb rambut la anak saya org kata lelaki.
rambut halus, naik sikit sikit j.
xpe la cik su...bersyukur dilahirkan sbg wanita.hehe..
ReplyDeleteOoo gitu ke cik su..xpe nt besar susah lak nak potong rambut coz rmbut jd subur dan lebat cam ank akak..