.

19 December 2014

Koleksi kalendar 2015.




        Bismillahirrahmanirrahiim...


         Salam jumaat uolls.Lebih kurang 12 hari lagi kita nak sambut tahun baru iaitu tahun 2015.
Dihujung-hujung tahun ni bila shopping je akan dapat free kalendar 2015.

kalendar paling kecil yg kudpt dr pasaraya speed mart..

    Banyak kegunaan kalendar-kalendar ni sebenarnya uolls.Kalau pada saya yang
paling penting akan ditanda dikalendar nanti adalah tarikh gaji.Biasalah
rasa tak sabar nak tunggu hari gaji...hehe.

beli MW dpt kalendar meja..dibelakang siap ada resepi lagi uolls..

   Di kalendar juga akan ditanda cuti.Bila dan sampai bila en suami akan bercuti.
Akan ditanda juga tarikh bila anak-anak perlu ke sekolah dihari sabtu bagi 
memudahkan proses penghantaran ke sekolah sebab bas sekolah bayar bulan
tidak beroperasi bila cuti sekolah.

beli kain kat nagoya dpt lagi...shopping kat kedai runcit murni jaya pun dibagi kalendar juga.

   Tarikh-tarikh harijadi ahli keluarga juga ditanda.Maklum kekadang terlupa
bila banyak urusan nak diselesaikan.Saya pun suka menanda tarikh mula period
di kalendar dari dulu lagi...Apa yang uolls tanda di kalendar agaknya ya?
Semoga tahun baru 2015 kita semua disinari dengan hari-hari yang manis
untuk dikenang..Wallahua'llam.


17 December 2014

Masih teringat steamboat dari kampung.



     Bismillahirrahmanirrahiim...

       Uolls pernah tak makan steamboat? Orang Thailand panggil cimcum. Mahal juga kalau
makan direstoran sebab dia dikira mengikut satu kepala.Kalau satu kepala pun dah RM 35,
apalagi bila ramai ahli keluarga..uolls congak la sendiri ya.

   Sebenarnya wealls malu bercampur segan nak mengaku tak pernah makan lagi cimcum ni.
Tapi bila balik kampung tempoh hari,anak saudara mengajak kerumahnya dan merasa
cimcum buatannya.

diperkarangan umh kakak iparku..

   Antara lauk pauknya adalah,daging yang telah dihiris nipis-nipis dan diperap dengan lada hitam
dan sos tiram,kepingan ayam yang telah direbus,kepingan isi sotong,isi ketam,maggi
siam,suhun,kangkung,sosej dan lotcing ( satay ikan).

hepi bersama uolls..

ni la rupa periuk steamboat tu..

  Semua bahan dibakar diatas periuk yang berbentuk kon dan dibawahnya ada air rebusan ayam.
Bakar sekejap saja dah boleh makan.Kalau tak suka bakar boleh rendam je dalam air rebusan ayam tu dan makan cenggitu pun boleh.Wealls dihidangkan dengan kuew tiaw goreng semasa menanti unggun api dihidupkan.

apalah yg anakandaku aleph buat tu?

tenkiu abe firdaus n isterinya kak farah kerana menjamu cik su n ayah su steamboat dan nasi ayam yg sedapp sesangat!

bersama kakak ipar dan ank2 sedare tercinta..
    Terasa seperti dizaman kanak-kanak pula bila masing-masing membakar untuk makan.
Masa kecil dulu bungkus tanah dalam daun pisang dan lipat seperti lepat pisang dan
rebus kedalam periuk,dibawahnya kayu api.daun pisang tu nanti akan mengeluarkan
aromanya tersendiri...tu yang suka sangat!

menikmati hidangan special..cimcum!!!
   Sesungguhnya kenangan bersama anak-anak saudara sewaktu di kampung halaman
memeriah dan menggamit kerinduan wealls untuk merasa lagi steamboat airtangan uolls....Wallahu'allam.



    

15 December 2014

IOI City Mall...Mu tunggu aku datang..!!!



    Bismillahirrahmanirrahiim...


     Petang semalam dalam perjalanan hantar puteri ke2 balik shah alam,
sempat menyinggah di pusat beli belah terbesar yang baru dibuka 20 november 2014.
Masih baru lagi,parking pun free lagi.Ramai betul orang semalam maybe sebab 
hari minggu or untuk persiapan sambut krismas.

   Wealls pun singgah menjamu mata je,banyak sungguh jualan murah
dihujung-hujung tahun ni.Apa lagi wealls kalau tak tinggalkan kenangan
rasanya tak sah.Jemputlah menonton kenangan yang wealls rakamkan di sini.

me n my second princess,Anis Syafiqah..

puteri ke2 n puteri bongsu

salah satu replika gorila dikedai kasut..gold tu!

si adik n si abang

ummi pun kemain lagi..

pandangan dr tingkat 3

me..

btw tenkiu my lovely kazen..Tuan Juhaida,for gift..dah pakai semlm keioi city mall..hehe

 Wealls berharap dapat sampai lagi di ioi city mall ni...ioi city mall,mu tunggu aku datang..!!!
Maybe nak merasa seronoknya bermain ice skating or shopping di tesco dan parkson.Tak tahulah sejauh mana kebenaran yang menyatakan Mid valley akan jatuh bila ioi city mall dibuka ni..Wallahua'llam.

14 December 2014

Siap juga akhirnya..



    Bismillahirrahmanirrahiim...

    Penat terasa berbaloi bila melihat ruang tamu rumahku berwajah baru.
Walaupun perabut tidak diubah cuma cat saja yang bertukar.
Bersiaran kali ini cuma nak berkongsi detik-detik kegembiraan wealls
'make over' rumah.

ni baru lapisan pertama cat..

dah dicat 2 lapisan..

siapp..!!!

nampak berseri ckit..

ok x,uolls?

tp ruang mkn xckup cat pula..tetap kaler cat asal,in sha allah ada rzeki nt..

ubi badak putih n 'butirstar' buat kudapan wealls..
Dalam pada mengemas ruang tamu,wealls sempat menjual buku-buku dan paper lama kat cina yang beli paper lama dengan van yang kebetulan lalu dihadapan rumah wealls.Buku-buku yang tinggi membukit tu cina tu cuma bayar dua henggit sahaja...Redho saja lah kan uolls.

Sudah 6 tahun sejak pindah turun kebawah dari tingkat 3,rumah wealls baru bertukar cat.Semoga kebahagiaan dan kegembiraan ini berpanjangan hendaknya...Wallahua'llam.

13 December 2014

Merancang bajet yang ada




     Bismillahirrahmanirrahim...

      Benarlah kata orang kalau tiada RM 1000 dalam poket jangan haraplah
nak sampai ke kampung.Dibawah ni nak kongsi perbelanjaan wealls ketika 
balik kampung hari tu.Mulanya saja-saja menanda duit keluar supaya tak mengantuk
dan boleh menemani en suami yang sedang memandu.

   Duit minyak kereta pergi balik- RM 200
  Bekal dlm kereta- RM 18
  Makan (lunch)- RM 18
 Makan malam- RM 18
  Beli roti- RM 9
 Beli ridsect- RM 4.90
  Beli nasi pagi- RM 8.80
 Makan kat pcb- RM 24
Makan pagi (hari ke2)- RM 8.00
Beli hadiah perkahwinan (buat ank sedare)- RM 22
Beli makanan basah- RM 20
Beli makanan kering- RM 35
Beli gula sekilo- RM 2.80
Beli kek sebiji- Rm 22
Makan pagi (hari ke3)- RM 11
Tol (90 sen,RM 5,RM 3) pergi
Tol (90 sen,RM5,RM3) balik.

beli sbijik kek buat mak sedare tersayang sempena harijadinya yg ke 61..

  Masih adalagi perbelanjaan yang diluar dari bajet seperti,tiket masuk muzium ular
sebanyak RM 15  dibelanja oleh si adik dan si abang.Si adik juga sempat membeli
sehelai shawl yang berharga RM 15. 

   Lain orang lain belanjanya.Kalau bajet banyak bolehlah layan barangan emas
dikedai-kedai emas.Emas kelantan kan terkenal (sohhor,ore klate kata)!
Tapi semasa wealls balik kampung,harga emas dikatakan naik.So, wealls
pun buat-buat tak sempat menyinggah dikedai emas tu walaupun
sempat menjeling bila lalu dihadapan kedai emas...hehe

Alhamdulillah,perbelanjaan wealls tak 'over' sangat...masih ada sedikit untuk
perbelanjaan didalam perjalanan balik.

   Berbelanja kena mengikut kemampuan masing-masing seumpama
mengukur baju dibadan sendiri...Wallahua'llam.

 



    

12 December 2014

Bilik tidur si anak dara dah baru..



      Bismillahirrahmanirrahim...

     Pagi jumaat yang mulia ini nak kongsi gambar dalam bilik tidur
anak-anak dara ku yang telah siap dicat semalam.Sempena cuti
hari keputeraan sultan selangor semalam,en suami ambil kesempatan 
mengecat bilik tidur princess wealls.

sedondon ngan langsir..


   Buat masa sekarang cuma si bongsu je yang tidur dalam bilik ini.Kuarters wealls ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Si kakak-kakaknya pun balik sekali sekala je.Jadi,si bongsu dah terbiasa tidur sorang-sorang.

siling kaler putih dan dinding kaler hijau muda

abaikan baju2 disebelah kiri ya uolls!hehe..

   Penat tahap gaban juga uolls nak menyiapkan bilik ini.
Oleh sebab tertentu gambar-gambar ini saja yang boleh dipamerkan yang lain perlukan 
privacy...Dalam pada beriya-iya mengecat ni terlupa pula yang kuarters ni bukan
rumah wealls,tapi rumah kerajaan..takut jadi macam dulu,siap je mengecat
kaler hijau lumut ditingkat 3,wealls dapat rezeki pindah turun tingkat bawah so
rezeki orang baru la yang pindah masuk rumah tu..Wallahua'llam.

Psssssstt: Nantikan suasana baru ruang tamu rumah wealls pula..

10 December 2014

Tak rancang pun...dah rezeki!



         Bismillahirrahmanirrahim...


          Bila baca tajuk entry kali ni apa yang berlegar diminda uolls gamaknya ya?
Tu la orang tua-tua cakap rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari...:)
Sesuatu perkara ni kalau tak dirancang...menjadi jer,tapi kalau merancang sukar pula nak menjadinya..!

      Hari ini hari terakhir kontrak membaikpulih kuarters wealls.Garaj kereta pun
dapat yang baru.Suasana sudah semakin bersih,berseri dan lebih selamat.

ni ler cat yg dpt free tu..hehe

   Kebetulan semalam en suami bertanya salah seorang pekerja kontrak di situ
pasal cat ni.Rupanya ada yang lebih katanya,setin cat putih dan setin lagi cat hijau muda.
Kini dah jadi rezeki wealls!

ni kaler cat umhku sekarang..

   Alahai...bertukar kaler lagi la ruang tamu dan bilik tidur anak-anak dara wealls.
Kata en suami nak mengecat weekend ni...habis la berselerak pula rumahku nanti.
Cat tu berharga rm168 setin,mahal tu..dapat free lagi uolls.
Harap-harap lebih berseri lagi lah Baiti Jannati wealls nanti,Wallahua'llam.