.

14 May 2015

Berita gembira.



    Bismillahirrahmanirrahim...

    Sekali lagi ku ingin berkongsi kegembiraan wealls sekeluarga bersama uolls.
Apa lagi yang menggembirakan wealls selain dari melihat anakanda-anakanda
tercinta berjaya dalam bidang masing-masing.



  Puteri kedua ku,Anis Syafiqah telah menamatkan praktikalnya selama 5 bulan
di syarikat membuat kek coklat dekat bukit jelutong.Sepertimana bidang marketing
yang diambilnya di Politeknik Shah Alam,Anis telah berjaya mendapat
result Cemerlang dalam praktikalnya..Alhamdulillah!

Anis (sebelah kiri) bersama adik bongsunya..

  Teruskan perjuangan yang cuma tinggal dua semester lagi untuk menamatkan
diploma marketing duhai puteriku Anis Syafiqah!Doa ummi tetap mengiringi
perjalanan hidup mu..Wallahua'llam.

12 May 2015

Naik lagi..?




   Bismillahirrahmanirrahim...

harga baru dah RM4.00

    Sebelum GST pun memang naik je harga majalah kesayangan hamba ni.
Tapi naik dalam 20 sen sahaja.Sekarang penangan GST majalah ini
dah naik harga sampai 50 sen.

Harap-harap minat membacaku tak terkubur la gara-gara kenaikan harga majalah ni...Wallahua'llam.

10 May 2015

Selamat Hari Ibu Uolls!





     Bismillahirrahmanirrahim...

     Heboh dikaca tv meraikan hari ibu hari ini.Dalam pesbuk pun sama,kawan-kawan
siap post gambar bersama anak-anak sempena hari ibu.

   Wealls cuma mendoakan pada diri sendiri dan buat uolls agar menjadi seorang ibu
yang hebat buat anak-anak yang hebat.

   Dengarkan nasihat ini....

   "Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu
sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman
yang bukan zaman engkau"...

  SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
  khalifah Ar- Rasyidin kedua.

     Wallahua'llam...

30 April 2015

Resepi kuih lompang or kasui.




     Bismillahirrahmanirrahim..

     Kali ini wealls nak berkongsi resepi yang mudah dan simple.Jom kita lihat bahan-bahannya..

   Bahan A.

  1 cawan gula merah.
  1 cawan gula pasir ( saya kurangkan sikit).
  5 cawan air.
  1 helai daun pandan.

  Bahan B.

  3 setengah cawan tepung beras.
  1 sudu besar tepung jagung.

 Bahan C.

  Kelapa parut putih sahaja dicampur sedikit garam.


Cara-caranya.

  1) Masak bahan A hingga hancur bersama daun pandan-sejukkan.
  2) Campurkan bahan B dan kacau rata-tapis.
  3) Panaskan kukusan.Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.Panaskan sekejap.
     Tuangkan adunan tadi dan kukus 15 minit.
   4) Sejukkan-Taburkan kelapa tadi.

silalah rasa uolls!!!hiiii...

  SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN!

26 April 2015

Sekalung tahniah Nur Nisaa' Syuhada...semoga Allah memberkati mu.





      Bismillahirrahmanirrahim...

       Alhamdulillah bersiaran lagi kali ini.Semalam ke majlis anugerah cemerlang puteri bongsu
di sekolah lamanya.Memang meriah bila anakandaku dikerumuni kawan-kawan lamanya untuk
bertanya khabar.


slide show ditayangkan..

semoga Allah memberkatimu,anakandaku..

   Dewan sekolah pun dihias indah untuk menyambut kedatangan wealls.Ada hiburan
dan koir.Puteri ku mendapat anugerah pelajar cemerlang PT3.Terima sijil beserta wang tunai.

ummi pun nak tempek gak pic kat cni..

kenangan bersama kwn2..

masing2 membawa haluan..

   Diakhir majlis,wealls dihidang dengan nasi ayam yang sedap bersama cendol.
Setiap pertemuan akan ada perpisahan.Wealls bertuah kerana dapat merasai
pengalaman yang sungguh manis ini...Wallahua'llam.

14 April 2015

Pening nak menjawabnya!




     Bismillahirrahmanirrahim...

     Lamanya tak keudara diruangan yang disayangi ini.Harap masih ada yang sudi
singgah keblog ku...:)

 Sejak Nur Nisaa' syuhada (puteri bongsu) ku belajar disekolah barunya (SMSS),
banyak soalan-soalan yang bagi kita remeh je tapi nak menjawabnya perlukan
pemikiran yang tinggi dan logik dek akal.

puteri bongsu bersama puteri ke2 ku..

  Weekend lepas Nur Nisaa' Syuhada sempat menghantar sms pada umminya
bertanyakan samada boleh ke tidak dia makan muffin yang dibuat sendiri oleh
mak kawan indianya itu?Maklum tinggal diasrama pelbagai bangsa pun ada.
Katanya kalau tak makan nanti kecik pulak hati kawannya.

   Uolls rasa apa jawapan yang perlu dan patut diberikan?Kongsi bersama wealls,ok..

24 March 2015

Khasiat buah mahkota dewa.



     Bismillahirrahmanirrahim....

      Pokok mahkota dewa ni memang ditanam dalam pasu kat rumah wealls tapi
tak tahu pula rupanya banyak khasiat dari buahnya.Jomlah wealls kongsi bersama.

inilah pokok mahkota dewa tu..

   Buahnya dihiris halus-halus,dibuang bijiknya.Jemur sampai kering dan
rebus airnya bolehlah diminum.Antara manfaat dari air rebusan buah mahkota dewa adalah...

   1) Mengubati darah tinggi.

   2) Stroke/Angin ahmar.

   3) Jantung.

   4)Kencing manis/diabetes.

  5) Haid tak teratur.

  6) Reumatik/sakit sendi.

  7) Gout.

  8) Penyakit lumpuh.

  9) Kegemukan/obesiti.

  10) Batuk/sesak nafas.

   11) Jerawat/menghaluskan kulit.


buah mahkota dewa.

     Apa-apa pun ini cuma ikhtiar dan tawakkal saja...Kesembuhan dari Allah jua..Wallahua'llam.