.

30 December 2014

Tirai 2014 dilabuhkan.






     Bismillahirrahmanirrahiiim....

     2014...
Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...
Namun siapa sangka......
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...
Mac 2014...
Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...
Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...
Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...
Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...
Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...
Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...
Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...
Betapa KAU sayangkan kami...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengigatiMU...
Supaya kami tidak lupakanMU...
Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami...
Namun...
Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...
Kami alpa kepadaMU...
Kami jauh dariMU...
Kami kejam dengan bumi...Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...
2015...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...
Tuhan...
Terima kasih atas kasih sayangMU...
MH370... Kami masih menantimu...
MH17... Kami harap kamu tenang di sana...
QZ8501...sejahteralah kamu disana..
Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...
Buat semua pengajaranmu, terima kasih 2014...
Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku..Wallahua'llam.

24 December 2014

PT3...Penantian berakhir jua!



       Bismillahirrahmanirrahiim...

        Alhamdulillah...Result Pt3 sudah pun diumumkan pada 22.12.14 tempoh hari.
Bila dicongak dah 3 hari berlalu...saja tak tulis entry nak bikin uolls suspen sikit!hehe..

rupa budak nervous time tunggu turn amik result..

    Setelah melalui onak dan duri serta ujian demi ujian maka tibalah hari untuk
menuai hasilnya kata orang.Cuba teka berapa yang 'my princess', Nur Nisaa' Syuhada
dapat ya? Tapi,ada ke orang yang nak meneka agaknya tu!!

berselfie dulu..

senyuman kebahagiaan..

me and my baby..

   Kebetulan hari result pt3 keluar,en suami tak dapat cuti.Maka Nur Nisaa' Syuhada
cuma berdua dengan Umminya.Hanya ummi yang dapat merasa betapa 'nervous'nya
Anakanda tersayang disisi.Ummi sempat memegang tangan Nur Nisaa' Syuhada
yang kesejukan itu.Bila 'turn' wealls mengadap guru bertugas hari itu tiba..Alhamdulillah,
bersyukur sangat kerana DIA telah permudahkan segala urusan.Nur Nisaa' Syuhada
mendapat 9A 1B...TerimaKasih Allah!

inilah result hok dok tunggu2..apa pendapat uolls?

   Menurut salah seorang guru di situ,markah B tu cuma kurang 2 je untuk dapat A.Komen cikgu bila tengok ujian lisan b.m Nur Nisaa' Syuhada dapat B.."Awak tak pandai cakap melayu ke"?.
Apa-apa pun wealls redha walau my princess terkadang semacam tidak puashati
sebab tak termasuk antara 80 orang yang mendapat straight A di Malaysia.
Sesungguhnya pt3 memang susah sebab itu ada ura-ura tahun depan akan
dimansuhkan pula.

saat2 bahagia..

   Nur Nisaa' Syuhada memohon untuk memasuki SBP (sekolah berasrama penuh).
Hari itu dapat tawaran menjalani UKKM untuk memasuki MRSM tapi my princess
tak nak pergi jadi terpaksalah wealls lupakan semua itu.

pic ni cikgu baby yg snap..

  Apa-apa pun Ummi sangat bangga dengan 'baby' (panggilan manja).
Semoga cemerlang dan terus cemerlang dimasa-masa depan.
Doa Ummi sentiasa mengiringi setiap perjuangan Anakanda-anakanda tercinta...Wallahua'llam!

20 December 2014

Berebut beli barangan RM 2.




      Bismillahirrahmanirrahiim...

        Hujung-hujung tahun ni selain banyak sale dipasaraya,banyak juga pasaraya
yang baru dibuka.Semalam balik dari Tesco untuk beli barangan basah untuk stok seminggu
sempat menyinggah dipasaraya yang baru dibuka di kajang perdana.

   Eco itulah nama pasarayanya.Sekali beli pasti akan kembali...,itulah trade mark
yang tertera dikedainya.Bila tinggal dibandar ni memang bercinta dan ketagih sangat
lah untuk dapat barangan yang bernilai sedemikian.Semua barangan berharga RM 2.

ni la barangan yg wealls terbeli tu..14jenis

    Ramai tahap gaban orang menyerbu pasaraya Eco semalam.Ketika wealls
singgah pada mulanya nak tengok-tengok tapi bila terjumpa ramai pula
kawan-kawanku siap ambil bakul tu apa lagi rasa tercabar pula padahal
baru beli barangan basah ditesco pun habis beratus.

   Ketagih sungguh bila tengok barangan yang murah cenggitu.Dalam cuma nak
menengok..hasilnya melayang juga RM 28.Beli pinggan melamine 6 biji sebab 
berkenan bunganya.Maybe akan datang lagi untuk beli penyapu dan mop.
Tapi kekadang terfikir juga,bermutukah barangan RM 2 ni....Wallahua'llam.

19 December 2014

Koleksi kalendar 2015.




        Bismillahirrahmanirrahiim...


         Salam jumaat uolls.Lebih kurang 12 hari lagi kita nak sambut tahun baru iaitu tahun 2015.
Dihujung-hujung tahun ni bila shopping je akan dapat free kalendar 2015.

kalendar paling kecil yg kudpt dr pasaraya speed mart..

    Banyak kegunaan kalendar-kalendar ni sebenarnya uolls.Kalau pada saya yang
paling penting akan ditanda dikalendar nanti adalah tarikh gaji.Biasalah
rasa tak sabar nak tunggu hari gaji...hehe.

beli MW dpt kalendar meja..dibelakang siap ada resepi lagi uolls..

   Di kalendar juga akan ditanda cuti.Bila dan sampai bila en suami akan bercuti.
Akan ditanda juga tarikh bila anak-anak perlu ke sekolah dihari sabtu bagi 
memudahkan proses penghantaran ke sekolah sebab bas sekolah bayar bulan
tidak beroperasi bila cuti sekolah.

beli kain kat nagoya dpt lagi...shopping kat kedai runcit murni jaya pun dibagi kalendar juga.

   Tarikh-tarikh harijadi ahli keluarga juga ditanda.Maklum kekadang terlupa
bila banyak urusan nak diselesaikan.Saya pun suka menanda tarikh mula period
di kalendar dari dulu lagi...Apa yang uolls tanda di kalendar agaknya ya?
Semoga tahun baru 2015 kita semua disinari dengan hari-hari yang manis
untuk dikenang..Wallahua'llam.


17 December 2014

Masih teringat steamboat dari kampung.



     Bismillahirrahmanirrahiim...

       Uolls pernah tak makan steamboat? Orang Thailand panggil cimcum. Mahal juga kalau
makan direstoran sebab dia dikira mengikut satu kepala.Kalau satu kepala pun dah RM 35,
apalagi bila ramai ahli keluarga..uolls congak la sendiri ya.

   Sebenarnya wealls malu bercampur segan nak mengaku tak pernah makan lagi cimcum ni.
Tapi bila balik kampung tempoh hari,anak saudara mengajak kerumahnya dan merasa
cimcum buatannya.

diperkarangan umh kakak iparku..

   Antara lauk pauknya adalah,daging yang telah dihiris nipis-nipis dan diperap dengan lada hitam
dan sos tiram,kepingan ayam yang telah direbus,kepingan isi sotong,isi ketam,maggi
siam,suhun,kangkung,sosej dan lotcing ( satay ikan).

hepi bersama uolls..

ni la rupa periuk steamboat tu..

  Semua bahan dibakar diatas periuk yang berbentuk kon dan dibawahnya ada air rebusan ayam.
Bakar sekejap saja dah boleh makan.Kalau tak suka bakar boleh rendam je dalam air rebusan ayam tu dan makan cenggitu pun boleh.Wealls dihidangkan dengan kuew tiaw goreng semasa menanti unggun api dihidupkan.

apalah yg anakandaku aleph buat tu?

tenkiu abe firdaus n isterinya kak farah kerana menjamu cik su n ayah su steamboat dan nasi ayam yg sedapp sesangat!

bersama kakak ipar dan ank2 sedare tercinta..
    Terasa seperti dizaman kanak-kanak pula bila masing-masing membakar untuk makan.
Masa kecil dulu bungkus tanah dalam daun pisang dan lipat seperti lepat pisang dan
rebus kedalam periuk,dibawahnya kayu api.daun pisang tu nanti akan mengeluarkan
aromanya tersendiri...tu yang suka sangat!

menikmati hidangan special..cimcum!!!
   Sesungguhnya kenangan bersama anak-anak saudara sewaktu di kampung halaman
memeriah dan menggamit kerinduan wealls untuk merasa lagi steamboat airtangan uolls....Wallahu'allam.



    

15 December 2014

IOI City Mall...Mu tunggu aku datang..!!!



    Bismillahirrahmanirrahiim...


     Petang semalam dalam perjalanan hantar puteri ke2 balik shah alam,
sempat menyinggah di pusat beli belah terbesar yang baru dibuka 20 november 2014.
Masih baru lagi,parking pun free lagi.Ramai betul orang semalam maybe sebab 
hari minggu or untuk persiapan sambut krismas.

   Wealls pun singgah menjamu mata je,banyak sungguh jualan murah
dihujung-hujung tahun ni.Apa lagi wealls kalau tak tinggalkan kenangan
rasanya tak sah.Jemputlah menonton kenangan yang wealls rakamkan di sini.

me n my second princess,Anis Syafiqah..

puteri ke2 n puteri bongsu

salah satu replika gorila dikedai kasut..gold tu!

si adik n si abang

ummi pun kemain lagi..

pandangan dr tingkat 3

me..

btw tenkiu my lovely kazen..Tuan Juhaida,for gift..dah pakai semlm keioi city mall..hehe

 Wealls berharap dapat sampai lagi di ioi city mall ni...ioi city mall,mu tunggu aku datang..!!!
Maybe nak merasa seronoknya bermain ice skating or shopping di tesco dan parkson.Tak tahulah sejauh mana kebenaran yang menyatakan Mid valley akan jatuh bila ioi city mall dibuka ni..Wallahua'llam.

14 December 2014

Siap juga akhirnya..



    Bismillahirrahmanirrahiim...

    Penat terasa berbaloi bila melihat ruang tamu rumahku berwajah baru.
Walaupun perabut tidak diubah cuma cat saja yang bertukar.
Bersiaran kali ini cuma nak berkongsi detik-detik kegembiraan wealls
'make over' rumah.

ni baru lapisan pertama cat..

dah dicat 2 lapisan..

siapp..!!!

nampak berseri ckit..

ok x,uolls?

tp ruang mkn xckup cat pula..tetap kaler cat asal,in sha allah ada rzeki nt..

ubi badak putih n 'butirstar' buat kudapan wealls..
Dalam pada mengemas ruang tamu,wealls sempat menjual buku-buku dan paper lama kat cina yang beli paper lama dengan van yang kebetulan lalu dihadapan rumah wealls.Buku-buku yang tinggi membukit tu cina tu cuma bayar dua henggit sahaja...Redho saja lah kan uolls.

Sudah 6 tahun sejak pindah turun kebawah dari tingkat 3,rumah wealls baru bertukar cat.Semoga kebahagiaan dan kegembiraan ini berpanjangan hendaknya...Wallahua'llam.