.

29 June 2014

1 Ramadan



    Bismillahirrahmaanirrahiim....Salam 1 Ramadan uolls!



     Hari ni hari pertama berpuasa dibulan Ramadan.Macamana dengan sahur pagi tadi?
Ada yang terlepas sahur ke...?Maklum sekarang musim bolasepak piala dunia.
Berjaga sampai kepagi..kalau bangun sahur tu tak pe la tapi jika terlepas sahur...kesian!!!
hilang keberkatan yang nak dikutip dari bersahur tu...MasyaAllah!

   Malam tadi hari pertama bertarawikh,penuh saff dibahagian lelaki dan wanita.
Seronok sesangat sebab tahun2 yang lepas susah nak tengok macam tu..!
Petang semalam gotong royong sesama warga penjara membersihkan kawasan surau,
vakum karpet dan memasang langsir yang disedekahkan dari seorang hamba Allah.

   Pagi semalam juga Puteri ke2 ku,Anis tetiba tak jadi balik...tapi malam tadi
tetiba call suruh ambil kat komuter.Rupanya balik juga semata2 nak bersahur dan berbuka
bersama sekeluarga.Selepas berbuka malam ni Anis balik semula ke Shah Alam.


   Berkumpul dan berjumpa satu keluarga memang dinantikan.Pernah satu ketika dibulan Ramadan
dimana waktu berbuka Puteri sulung tak dapat bersama,so lepas minum air terus umminya
menghubungi si sulung dan bertanyakan berbuka dengan apa? 
Si sulung cakap cuma sempat ambil maggi je dulu sebab banyak sangat tugasan nak disetelkan dahulu.
Berderai jugak airmata si umminya mengenangkan nasib Puteri tersayang.

Oppss ni dah teremosi pulak!Bulan2 mulia ni tak baik sedih2..
hilang keberkatannya nanti,tak giteww uolls..?Ramadan untuk dihayati bukan ditangisi...cewaahh!
Penuhkan saff solat tarawikh ya uolls...Jumpa lagi,Wasallam..















26 June 2014

Antara dua darjat



    Bismillahirrahmanirrahim...Salam kamis uolls!

     Tajuk entry kali ni seperti tajuk filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pulak...tak gitu uolls?
Sinonim la dua darjat tu antara orang miskin dan orang kaya.Uolls tergolong dalam golongan mana ek?
Yang pasti walau kaya or miskin..darah wealls tetap sama kaler...merah jugak!Hanya ketakwaan
yang membezakan wealls...Renung-renungkanlah.


  Ujian dalam kesenangan lebih menakutkan.Zaman firaun dulu memang terkenal dengan
kekayaan yang melimpah tapi jauh dari Tuhan.Begitu juga yang berlaku pada Qarrun terkenal
dengan kemewahan tapi tetap jauh dari Tuhan.Ini kita panggil ujian 'ishtidraj'..diberi
kekayaan melimpah ruah tapi tidak solat,puasa jauh sekali..Ini lah yang ditakuti...Nauzubillah!




  Kekadang bila ingin menderma or membuat kebaikan,ada saja bisikan dari syaitan.
Satu kisah dimana seorang hamba Allah telah menulis cek sebanyak rm10,000 untuk
didermakan dimasjid.Tapi bila syaitan berbisik,dari rm10,000 dibuang satu kosong jadi rm1000.
Tak habis disitu dibisik lagi..buang lagi satu kosong dah jadi rm100.Last2 cek tu dikoyak
dan cuma disedekah kat masjid rm10 sahaja...Subhanallah!

  Satu lagi kisah nak share bersama uolls.Seorang hamba Allah ni solat jumaat bawa duit
poket kanan rm50 dan poket kiri rm1.Warna antara dua duit kertas ni tak jauh beza sangat.
Sekali tabung masjid lalu kat depan si hamba Allah tu,tengah mengantuk pula maka diberinya
duit rm50.Sebenarnya dari rumah lagi nak bagi rm1 je.Keluar je dari masjid,tengok2 duit 
dalam poket cuma ada rm1,boleh pula masuk masjid semula....Allahuakbar!


  Begitu banyak ujian bila nak buat kebaikan kan uolls?Kalau wealls diberi KPI nikmat
kekayaan jangan dilupa pada yang miskin.Kalau tiada orang miskin maka tiadalah
pahala untuk orang kaya.

  Bila bersedekah or menderma tak payah la diheboh2kan uolls.Kalau heboh pahala pun
kurang or tak de langsung..!Diwajibkan bersedekah pada kerabat terdekat dulu seperti
ahli keluarga terdekat,selain dari dapat pahala sedekah,dapat juga ikatan kekeluargaan yang
kukuh.

 Harta wealls tak kan berkurangan bila bersedekah.Itu janji Allah bukan janji manusia..!
Allah akan menggantikan dengan lebih banyak lagi harta.

  Jangan pandang sebelah mata pada orang miskin kerana orang miskin adalah
orang terawal ke syurga Allah...Wallahuaklam!

   Muliakan sesama wealls tak kira kaya or miskin.Itu saja perkongsian kali ni,Wasallam...




  

24 June 2014

Tips penjagaan kesihatan dalam bulan puasa



    Bismillahirrahmanirrahiim....Salam sayang uolls!



    Jumaat ni adalah hari untuk melihat anak bulan Ramadan dah uolls!Jangan tak tahu pulak...!!
In Sha Allah,minggu depan wealls dah start berpuasa.Walaupun begitu,suasana Ramadan
sudah pun dirasai.Si adik selang sehari masih berpuasa ganti yang tak habis2 lagi tu.

  Hari ni Si adik berpuasa ditemani Si abang tersayang....so sweet!!!Kekadang waktu2 berpuasa
dikala bukan bulan Ramadan ni memang ter'emosi' sikit.Mana tidaknya bila keluar shopping
tetiba terserempak dengan orang ramai tengah makan,dalam hati memang marah2..kenapa
orang lain tak puasa?Walhal ni bukan bulan Ramadan pun...!!!hehe..


   Sewaktu didalam 'opis' tadi,sambil layan radio suria..ada seorang doktor memberi tips
penjagaan kesihatan dalam bulan puasa.Jom kita kongsi bersama antara tips2 itu......

1) Tolong jangan 'skip' sahur.Ini untuk membekalkan tenaga seharian kita.
2) Minum air banyak2.Sewaktu bersahur mahupun sewaktu berbuka.Kurangkan minuman
   berkafien or bergas.Lebih baik banyakkan minum air putih sahaja.
3) Pada wanita yang mengandung or sewaktu dengannya,perlulah mintak
nasihat dari doktor.Kalau pening,loya or nak pengsan dinasihatkan berbuka puasa.
4) Disarankan ambil makanan yang sihat.Banyakkan buah2an dan sayur2an dalam menu.
  Sayuran dan buahan banyak mengandungi serat yang baik untuk badan.
5)Pada pesakit gastrik sebenarnya bukan alasan tak boleh puasa.Sebenarnya pesakit
gastrik juga boleh berpuasa.....:)

   Walau sihat or sakit,kesihatan memang kena jaga.Ada orang makin sihat bila berpuasa
dan ada orang sebaliknya pula.Amalkanlah pemakanan yang sihat,kesihatan pasti terjamin.
Selamat menjalani ibadah puasa buat uolls....jumpa lagi,Wassalam!

  

20 June 2014

Berkat hari mulia



   Bismillahirrahmanirrahiim...Salam sayang uolls!

  Semalam Kak Aim (puteri sulungku) memberitahu Umminya yang result examnya akan keluar esok.
Walaupun begitu pukul 12malam tadi Kak Aim dah cuba buka internet sebab tak sabar sangat.
Tapi tak berjaya sebab line busy.Hari ni seawal pagi lagi kak Aim try on internet...hasilnya,
"Ummi..!akak dapat anugerah Dekan"!!...terkejut Umminya yang sedang menyiram pokok,
terus berlari kearah kak Aim dan memeluknya...Syukran...syukran ya Robbal alamin..!!


  Alhamdulillah pagi2 lagi terima berita gembira.Sebenarnya ummi nak tempek slip result
kak Aim tapi tuannya tak benarkan.Semua 'A'- (9 subjek).CGPA pun memuaskan.

  Semester satu dulu kurang 1 point je nak capai ANUGERAH DEKAN.Tapi semester 2
ni berjaya juga akhirnya.Moga kak Aim lebih maju lagi dimasa2 depan.

  Anis (puteri ke2ku) pun pernah terima anugerah ni di semester 1 dulu.Tapi di semester 2
merosot sikit sebab banyak sangat komplikasi...Semester ke3 ni nampak lebih
bersemangat,harap-harap berjaya lagi seperti disemester 1...In Sha Allah!
Jumpa lagi uolls,Wasallam...

P/S- Semakin banyak ku bersyukur
Semakin banyak ku menerima.

   

19 June 2014

Apa persediaan menyambut Ramadan uolls..?



   Bismillahirrahmaanirrahiim...Salam kamis uolls!

  Hari ni Puteri ke2 ku,Anis daftar untuk semester ke3 diPSA.Cepatnya masa berlalu.
Pejam celik,pejam celik dah habis cuti dua bulan.Yuran pengajian pun dah di bank in.
Semalam dikejutkan pula bila laptop Puteri sulungku,Aim tiba-tiba kosong...kosong..!!!
Tapi dah hantar kedai dengan deposit rm100,kalau skrin yang rosak mahu kena rm280,
kata tokey kedai tu...Uolls jangan salah paham,semua ni bukan persediaan untuk sambut 
Ramadan..ini dugaan pra Ramadan namanya..!!!Subhanallah..

   Sekarang kita berbalik pada topik diatas.Banyak sungguh pendapat dari kawan2 untuk 
menyambut Ramadan ni.Ada yang awal2 lagi beli stok sambal hitam banyak2,sedap dimakan
waktu bersahur...berselera katanya.Agaknya macamana ler rupa sambal hitam tu ek?

  Tak lupa juga yang nak lebihkan amal ibadah dibulan puasa ni.Alhamdulillah...
Rancangan kat tv juga dah siap awal2 untuk tayangan bulan Ramadan nanti.
Jangan pula terpedaya dengan program ditv sampai solat terawih diabaikan pula,uolls!
Pesanan buat diri sendiri jugak tu...:)

   Ada yang beli baju raya siap2 sebab bila bulan Ramadan nak fokus pada amal ibadat je..
Tapi ada pendapat juga menyatakan,bila berbelanja awal sangat pun nanti terbelanja lagi
disaat akhir.Maka berlakulah pembaziran disitu.Kena bijak la mengurus akaun poket
sendiri ya uolls...so apa persediaan menyambut Ramadan uolls..?Jumpa lagi,Wasallam...

16 June 2014

Baru terima kad!



    Bismillahirrahmanirrahim....Salam sayang uolls!

     Bulan jun ni bulan sambutan hari bapa.Terasa bertuah sangat-sangat bila semua
anak-anak ada bersama.Riuh rendah rumah jadinya....
Wealls bukan senang nak berkumpul 'cenggini' tau!hihi..

   Bila dah berkumpul adik beradik ni macam-macam cerita la.Rupanya dalam diam
tengah bincang buat kad sempena hari bapa buat abah tersayang....:)
Tiada sambutan apa pun..entah kenapa tetiba hilang 'mood' pulak!

   Kad tu hasil rekaan empat beradik,menggunakan bahasa dari berlainan negara.
Mulanya tertanya-tanya juga betul ke bahasa yang ditulis tu?
Si abang menjawab,'betul la..penat tu nak cari satu2 bahasa tu dengan en google'.....:)
Ayatnya senang je,selamat hari bapa...tapi mengikut bahasa dari negara,China,Jepun,Korea,
Thailand,India,Jerman ,Sepanyol dan Perancis.

apa pendapat uolls bila tengok kad ni...?

  Mengikut satu kajian,untuk tidak cepat nyanyuk dan cepat lupa adalah dengan belajar
banyak bahasa.Otak kita sentiasa bekerja.Boleh la diamalkan.Jumpa lagi,Wasallam...

  

15 June 2014

Ayahku,tetap dihati



    Bismillahirrahmaanirrahim...Salam manis uolls!

    Kita baru sahaja menyambut hari ibu dan kini kita menyambut pula hari bapa.
Peranan bapa dirasakan kurang kuat dibandingkan dengan peranan seorang ibu
yang melahirkan anak dengan mempertaruhkan nyawanya.

   Namun begitu,pada diri saya ayahlah hero dalam keluarga kami.Ketika tadika,
ayahlah yang menghantar kesekolah,begitu juga bila sudah masuk darjah satu,ayah
juga yang menghantar dihari pertama persekolahan.

   Ketika dialam remaja, (lower six dan upper six) pun ayah hantar dan ambil disekolah.
Ada kawan-kawan mengusik,'abang u ke tu'?maklum la ayah saya ni tergolong dalam 
golongan yang 'smart' jugak (kemeja masuk dlm seluar)...:)

   Saya ni satu-satunya bunga ditaman larangan yang dikelilingi 4 ekor kumbang!
Bila bersama ayah,terasa diri dimanja,apa yang diminta dipenuhi.

   Ayah sentiasa ada bila saya memerlukannya.Time belajar pandu motorsikal ketika
berusia 17tahun,ayahlah penemanku.Bila jatuh dan bangkit semula,ayah hanya tersenyum
dari kejauhan.

  Sewaktu chik (panggilan buat ibuku) sakit,ayahlah yang bersengkang mata menjaga
kebajikannya.Sampailah keakhir hayat chik.

  Perginya ayah pada 11 november 2011 dipagi jumaat yang mulia lagi penuh barokah.

   Al- Fatihah untuk arwah ayah saya.